Sabtu, Ogos 29, 2009

TANPA NAMA

Siapalah dia insan kerdil, miskin dan naif. Selalu jadi ejekan kawan-kawan. Tidak kira masa dan waktu. Berpendidikan setakat SRP sahaja, itupun dapat pangkat (S) 'superman'. Tidak kisah pulak baginya tanpa pelajaran hidupnya akan terus begitu. Di mindanya, dipahat puluhan angan-angan. Cita-citanya nak jadi polis, hanya mimpi dalam mimpi. Kononnya, mahu cipta nama...... tayangan gambar yang direka dari celahan kotak fikirnya terus hidup. Tidak ada siapa yang akan tahu dan nampak, "hanya Tuhan yang tahu!" Bisik kecil hatinya. Senyumannya sering mengiringi disetiap perilakunya yang aneh, adakala "Oi....gendut mata sipet, berangan saja!" Itulah suara-suara sumbang yang akan membakar jiwa gundahnya.
"Aku tidak akan mati dengan suara-suara itu." Dengusnya tanpa memperdulikan suara-suara itu, dia terus melayan perasaan.
Dari penjual bahai di pasar ikan, menjaja kuih-muihpun tugas yang tidak pernah henti-henti dilakukan olehnya. Menolong keluarganya adalah tanggunjawab yang telah dipikulnya sejak berusia 6 tahun lagi. Namun zaman terus berlalu. Tinggallah kenangan demi kenangan. Walaupun dia terus jalan ke depan, sesekali menoleh ke belakang, membangkitkan rasa insaf sebagai insan yang menumpang di bumi Tuhan.
Tidak pernah lekang dia melakukan semua pekerjaan. Kerja keras, berhati-hati dan jujur itu adalah motto yang di tanam dalam sanubarinya. Dia juga tidak pernah lupa melakukan suruhan Tuhan. Mengaji, solat 5 waktu adalah tunggak keimanan untuk menikmati hidup yang sementara ini. Cintanya tidak akan padam untuk memperjuang agama, bangsa dan negara.
"Apalah yang Eman tu boleh buat, setakat tingkatan 3 je, kerja dekat kedai pakaianpun orang tidak hendak Mak!" Dengus Ella, kakak Eman yang sering membulinya. Apa saja yang diarah, Eman akan lakukan. Salah sikit akan riuh sekampung. Eman tetap tenang. Dipendamnya segala yang berlaku. Tangis, sakit dan pedih ditelan begitu saja.
"Oh Tuhan, hanya kau yang Maha Mendengar, kabulkan doaku. Jadikan aku, insan yang berguna kepada ummatMu. Kuatkanlah aku hadapi semua tohmahan ini. Beranikan diriku tampil untuk menunjukkan siapa aku. Bukan nama yang aku cari, tapi ilmu yang ingin aku turunkan. Tidak berdaya lagi aku memikul beban ini, tanpa menitik setiap pengalaman buat yang memerlukan. Sebodoh manapun aku padang pandangan orang, Kau tetap muliakan apa yang Kau ciptakan walau hodoh dan hanyir. Aku redha dengan setiap pemberianMu, kerana aku tidak mahu jadi ummatMu yang jahil tanpa cintaMu." Doa yang dikalong selepas solat subuh.
Pagi ini dia ada tugas baru, tanggungjawab besar dan penampilan yang luar biasa. Dia mengenakan kemeja biru awan, slek dan kot berwarna hitam. Di sisi atas dadanya diselit teg nama EMAN MAWAN. Segaknya terserlah sebagai lelaki. Sedikit wangian dicalitkan ke baju kot dan kedua pergelangan tangannya. Dia senyum sambil merenung dirinya di balik cermin kecil yang menjadi teman dan permainan di sisinya hingga kini, diakan akan membawanya ke mana saja. Cermin itu diselitkan dalam kocek seluarnya. Debaran di dada mulai berombak. Dia menarik nafas dalam-dalam dan membina keyakinannya kembali.
"Harap-harap, hari ini semuanya berjalan dengan lancar. Tolong aku sempurnakan misi ini Ya Allah SWT."
29/08/2009 (12:03pm)

Tiada ulasan: