Ahad, Ogos 09, 2009



ILLUSI PERPISAHAN

Teman,
tika renyai-renyai hujan
membasahi bumi gersang
kekontangan di setiap sudut
aku yang masih leka
dengan seraut wajah kosong
mersik seteguk harapan
lontaran suara merdu
kehanyiran kemesraan semalam
berlabuh di sebuah tembok
keracunan kerinduan
menangisi perpisahan itu.

Teman,
aku timbul dibawa arus resah
tenggelam dipukul gelombang sepi
yang hanya mampu melayarinya
bersumbangsih akan kemanusiaan
yang dahagakan sebuah pengakraban.

Teman,
walau hanya pertemuan kita semusim
masih ada lagi garis-garis
pertemuan itu berubah
membanjiri hak perpisahan
bibir itu memecah kucupan
kerana perpisahan itu
milik kita jua!



Tarikh Karya : 23 Julai 1989

Tarikh Disiarkan : November 1990
Ruangan Puisi (Majalah Remaja)

Tiada ulasan: