Isnin, Ogos 24, 2009

RAMADHAN YANG DINANTI

Bulan Ramadhan yang kunanti kehadirannya dan ditunggu-tunggu seluruh ummat muslimin. Bulan yang banyak memberi nikmat dan hikmah. Bulan kelahiranku dalam kalendar islam. Rinduku mebuak, tatkala kehadiran ramadhan kali ini, membuatkan aku menyimpul kegembiraan, kerana aku masih bernafas dan berpeluang mengerjakan suruhanNya. Alhamdulillah!
Ya Allah, kupanjat syukur padaMu, kerana membenarkan aku sekali lagi bernyawa di bulan muliaMu ini. Kau beri nafas baru, bagi aku menjalani hidupku. Moga puasa kali ini mampu aku tunaikan, tidak seperti 2 tahun yang lalu yang membuatkan aku kesal kerana meninggalkan kewajipan yang tidak aku sengajakan. Kuatkanlah aku ya Allah, dalam melalui setiap liku-liku ujianMu di bulan suci ini.
Beri aku kesempatan bertamu di Aidil Fitri. Moga Aidil Fiitri bukan yang terakhir pada orang yang tersayang dan aku redha andai Aidil Fitri yang menjelang adalah Aidil Fitri terakhir padaku. Ku mohon ya Allah, aku ingin menatap wajah-wajah yang amat kurindui. Semoga dihari lahirku, kuhadiahkan satu kepulangan yang terindah buat Mak yang amat aku rindui. Andai aku pergi menghadapMu, biarlah dalam tenang di pangkuan Mak. Kerana Mak orang yang kuat hadapi dugaanMu. Mak tidak akan menangisi pemergianku. Seingatku Mak cuma bermuram durja ketika Allah SWT menjemput aruah ayahku. Aku redha!
01.47am
3 Ramadhan

Tiada ulasan: